Wednesday, November 30, 2011

Rakaman Ep. 7 (PINANG) "MAI CHEK MAI"

Episod 7 : (PINANG)

Mengisahkan Bujang tidak keruan apabila melihat seorang lelaki datang untuk meminang
Yang. Dalam pada itu, Mira dan Suriani telah berbincang dengan Tok Penghulu untuk
menambahkan aktiviti permainan tradisi di kawasan homestay. Berlaku satu insiden
dimana tetamu homestay terkena libasan bola semasa bermain sepak raga.

Pelakon Utama: Bujang (Ebby Yus), AD Longgaq (Wan Suhairi Wan Senu),
Suriani (Zarina RL5), Mira (Mira Amnas PK2),Che Ya@Tok Penghulu (Ilya Buang),
Yang Kalsom (Khatijah Tan), Rajoo (Ramasundram). 

Pelakon Jemputan: Jamal (Fathil Dani), Tetamu Homestay (Shamsuddin Che Pak)


















RAKAMAN Ep. 6 (WARGA EMAS) "MAI CHEK MAI"

Episod 6 : (WARGA EMAS)

Mengisahkan bagaimana Bujang bercadang untuk membuat kelas IT percuma untuk
warga emas. Tetapi mendapat bantahan daripada Che Ya. Atas sokongan ramai,
cadangan itu diterima dan dibuat mengikut perancangan. Tetapi akhirnya masalah lain
timbul. Kaum ibu marahkan Fiona kerana suami mereka jarang balik rumah kerana
leka dengan internet dan FB.

Pelakon Utama: Bujang (Ebby Yus), AD Longgaq (Wan Suhairi Wan Senu),
Suriani (Zarina RL5), Mira (Mira Amnas PK2), Fiona (Livonia Ricky PK2),
Che Ya@Tok Penghulu (Ilya Buang), Yang Kalsom (Khatijah Tan), Rajoo (Ramasundram).

Pelakon Pembantu: Budak OKU (Mohd Faiz), Pak Meon (Badrul Munir Md.Isa),
Siti Salwani Saari (Isteri Muda Pak Meon), Yushazizi Yusoff (Jiji).















Monday, November 28, 2011

RAKAMAN Ep. 5 (GORES BAYANG) "MAI CHEK MAI"

Episod 5 : (GORES BAYANG)

Mengisahkan Bujang mula gila bayang pada Yang Kalsom. Cuba beberapa kali
untuk memujuk Yang supaya bekerja dengannya tetapi Yang tetap dengan pendirian.
Dalam pada itu, AD telah nekad untuk berhenti kerja dan menjadi agen gores dan
menang. Akhirnya AD telah dibelasah oleh penduduk kampung.

Pelakon Utama: Bujang (Ebby Yus), AD Longgaq (Wan Suhairi Wan Senu),
Suriani (Zarina RL5), Che Ya@Tok Penghulu (Ilya Buang), Yang Kalsom (Khatijah Tan).

Pelakon Pembantu: Budak OKU (Mohd Faiz), Pak Meon (Badrul Munir Md.Isa),
Siti Salwani Saari (Isteri Muda Pak Meon), Yushazizi Yusoff (Jiji).

Pelakon Jemputan: Pak Lah Cecupak (Tetamu Homestay)














RAKAMAN Ep. 4 (MUKA BUKU) "MAI CHEK MAI"

Episod 4 : (MUKA BUKU)

Mengisahkan demam IT telah menular dikalangan penduduk kampung. Mereka lebih
suka dan leka kepada laman sembang Facebook @ FB. Tok Penghulu dan Bujang
marah kerana produktiviti kerja berkurangan tetapi pada masa mereka juga ketagih FB.
Dalam pada itu, seorang pegawai KPDNKK telah datang memberi taklimat tentang
subsidi diesel dan dalam pada masa sama mencari dalang yang menjual diesel bersubsidi.

Pelakon Utama: Bujang (Ebby Yus), AD Longgaq (Wan Suhairi Wan Senu),
Suriani (Zarina RL5), Fiona (Livonoa Ricky PK2), Che Ya@Tok Penghulu (Ilya Buang).

Pelakon Pembantu: Budak OKU (Mohd Faiz), Pak Meon (Badrul Munir Md.Isa),
Isteri Pak Meon (Siti Salwani Saari), Yushazizi Yusoff (Jiji).

Pelakon Jemputan: Hezri Hashim KLfm (Pegawai KPDNKK)













RAKAMAN Ep. 3 (HERBA) "MAI CHEK MAI"

Episod 3 : (HERBA)

Mengisahkan bagaimana berlakunya double standard pekerja homestay dalam
melayani antara pelancong asing dan pelancong tempatan. Pada masa sama, Bujang
jual mahal dan memandang rendah pada herba. Tetapi dalam diam sebenarnya dia
amat meminati dan ingin mencuba herba tersebut. 

Pelakon Utama: Bujang (Ebby Yus), AD Longgaq (Wan Suhairi Wan Senu),
Mira (Mira Amnas PK2), Suriani (Zarina RL5), Rajoo (Ramasundram),
Fiona (Livonoa Ricky PK2), Che Ya@Tok Penghulu (Ilya Buang).

Pelakon Jemputan: Pelancong Asing (Geoffrey Perins Williams),
Pelancong Tempatan (Suhaili Che Ros)